dilupai teringat kembali

hati sudah gundah gulana, amboi berbahasa lama nampaknya aku hari ni. haha. assalamualaikum. ya, kenapa aku katakan hati ku gundah gulana aka susah hati? okey. before this blog exist, there is another blog that i already created. but that blog itu dicreated before blogger kena link/sync dengan google account. jadi maksudnya di sini, account tu memang stand alone tidak terlibat dengan mana mana pihak. eh? kiranya blogger dahulu tu lain sedikit dengan blogger sekarang ni. yang pernah buat blog guna blogger lama anda mungkin lebih memahami. hmmm. jadi apa masalahnya dengan blog lama tu? begini, blog tu dulu lama terbiar then bila nak dibuka semula password tak ingat langsung. tapi masih dibiarkan lagi dan terus buat account dekat google then new blog which is THIS blog. tapi makin lama makin risau pula hati dan otak duduk memikirkan about the old blog tu. jadi dalam seminggu ni menjengah jua ke blog lama tu, cuma pemasalahannya di sini, I FORGOTTEN THE PASSWORD and untuk regain balik kena masuk number phone di mana berzaman dah tidak digunakan lagi, itu pun mulanya tidak ingat apa numbernya until i'm asking my mom just now about that number. alhamdulillah ada. okey, ingat settle la tu kan? eh tidak. makin rumit. blogger sent verification code to that number! maka perlu lah berlangsungnya panggilan telefon ke number itu dan suara wanita yang kedengaran. memohon jasa baik andai beliau dimana tidak diketahui namanya menghantarkan verification code to me. dihantarkan kah? tuhan sahaja yang mampu menentukannya. risau bukan kepalang, sebab banyak gambar lama zaman zaman jahiliah didalam blog tu. zaman belasan tahun lah katakan. perangai budak budak lagi, bahasa pun dah macam alien dan jujur katakan, sendiri baca pun tergelak sendiri. jadi ketika ini, menunggu sahaja mampu dilakukan. harap ada wujud kejujuran pada wanita tadi. sekian.