1st day of the semester break

Assalamualaikum.
Wah! Cuti sem da start laa awak awak semua. And for the first after so many time, adeq(adeq ke?) gumok ini excited nak balik kampung dekat Melaka sanun (situ). Bukannya apa, sebab dah terlalu lama hadap instant food macam ramyun, kepci, mekdi tu seme tu jadi tekak ni rindu and kempunankan masakan ibu (ecewah! ayat engkau...)

Hari Jumaat semalam, right after satu jam jawab soalan last paper untuk exam kali itu (apa ayat daa?), aku pon pecut balik ke kampung halaman (takde lagi skema ke?) dekat Melaka sinun lepas da berpatah balik ke rumah dekat Klang tu, kes tertinggal 4g Yes aku ritu (hari itu). Wajib kau tahu benda alah 4g ni, or else aku mati kebosanan tak dapat layari Internet dekat kampung.

So, dah kira satu hari jugalah aku dekat kampung ni. Mula mula tu mati katak jugalah since about 4 months duduk sendiri, buat rumah ibarat hotel (untuk tidur je bila balik rumah tu), tak habis duk drive back and forth, sekali sampai kampung aku kerja makan tidur makan tidur makan tidur. (BERDUGONG LAH KAU)

Semalam sampai, tepat tepat time azan maghrib, then masuk rumah je, kerja pertama aku buat is MAKAN! hahaha. Sebab soalan ma yang pertama bila aku sampai is, "dah makan?" "belum makan, pergi makan dekat dapur sana, ma masak sambal ayam ja", aku tanya korang, if dah hari hari korang duduk hadap makanan ntah apa apa, korang tolak ke masakan mak korang yang lagi sedap dan mengancam tu? CONFIRM LAA TAKKAN! So, yes. 1st thing 1st, MAKAN. So, kerja aku pada malam semalam adalah makan, makan dan makan.

Eh! Cantik high cut shoes milik Ji Hyo tu! (Maafkan aku, sebab sambil hadap entry kali ni, aku layan RunningMan sekali) Sambung balik entry, tapi untuk hari ni aku tak makan satu hari sebab kena puasa, so after azan maghrib je aku terus melantak puas puas, siap makan kek sempena Hari Ibu lagi. Well, kek cokelat, not my fav so tak banyak aku makan yang tang kek tu. Aku banyak melantak aka meratah lauk ikan yang ma aku masak. Since aku punya perut tak berapa nak okey lagi (tak tahu apesal dok sakit perut je), so masak goreng asam ma aku memang superb and lauk tu lah yang aku dok ratah dari berbuka puasa tadi. BURPHH! (excuse me) Alhamdulillah, kenyang!

Oh, by the way, besok aku nak pergi melawat adeq sepupu aku dekat kem PLKN. Kata ma aku, kem dia dekat Kuala Pilah. (SESAT LAA AKU) Jalan tu dulu mungkin sekali dua ja aku penah lalu, sebab dulukan ada setahun aku duduk Negeri 9. Tapi jalan ke kem PLKN sana, aku tak biasa, so cross my fingers and hope for the best dan insyaAllah akan menggunakan khidmat Google Maps sebelum aku tersesat ke tempat yang tak sepatutnya.

Anyway, aku nak layan tv dulu. So, tengok laa pada mood aku and if ada idea or not, kemungkinan aku akan update lagi entry. Maaf atas kebosanan yang melanda. I guess its time for me to draw myself out from this entry, until then, goodnight people!