TERAKHIR KALIKAH?

saat ini, malam ini. benarkan aku berbicara.
pengenalan yang cukup singkat. namun itu yang paling bermakna. di sini aku akui yang dulu tidak walau sedetik pun kau aku perhati kerana tumpuan anak mata ku seringkali disilaui ciptaan Ilahi yang suatu ketika pernah jua singgah dihati. namun di dalam saat, panahan mata ku, aku tujui ke arah lain, kau tetap disisi dan kau sentiasa disisi. maaf aku memang tidak reti untuk menghargai. dan di sini aku akui, cukup aku kesali. 

aku bukanlah tahu sangat berpuitis namun andai waktu mampu aku putarkan, ingin sekali aku kembali disaat dimana aku alpa dengan kehadiranmu disisi. ingin sekali aku kembali dan benar benar memberikan tumpuan hatiku kepadamu. kerana baru kini aku mengerti betapa hanya dikau yang memahami kelukaan aku dimasa itu. betapa hanya engkau yang sentiasa berada disisi. 

ya. kita seringkali bertikam lidah. ibarat anjing dan kucing pabila kita ketemu. namun itu yang mengeratkan hubungan. terjalinnya persahabatan yang dalam pada yang sama terselitnya sebuah perasaan. sering jua kau aku ingati pada ketika itu. lebih kepada memori betapa kita seperti kanak kanak yang bermusuhan. bertengkar atas benda remeh. namun diakhir setiap pertengkaran, secara sembunyi aku turut tersenyum. kerana, kalau tidak hadirnya pertikaman lidah itu, sudah pasti tiada sebarang perbualan diantara kita.

ku sangkakan dikau tidak mungkin punyai sebarang perasaan istimewa terhadap diriku. namun setahun selepas aku menghilang dari tempat itu, akhirnya ku ketahui isi hatimu itu. cukup aku terharu. aku yang sering bersangka, siapalah aku untuk bertakhta dihati insani rupanya pernah jua singgah dihati mu. insan yang tidak pernah aku duga walau dari cara dan tingkah laku mu menunjukkan yang kau kisah tentang keadaan diriku. terima kasih sahabat. 

namun kini semuanya telah berlalu. terlalu jauh untuk kita berpatah kembali ke memori lama. perasaan untuk mu ku kuburkan didalam hati. tapi! semalam kau kembali lagi. mengungkit kisah lama yang menjatuhkan mutiara jernih ku. layanan kau masih sama. aku keliru. maafkan aku kerana berkasar. aku tidak mahu menjadi punca retaknya sesebuah hubungan yang telah kau bina. dan aku juga tidak mahu jadi pengkhianat terhadap rakanku sendiri. mungkin aku tersalah tafsir niatmu lantas berkasar dengan mu tapi ketahui la wahai sahabat. disaat kau menyatakan yang kau akan pergi jauh dari ku buat selamanya. aku rasakan kekosongan yang selama ini aku berjaya pendamkan.terlalu perit. pedih dihati aku rasakan. 

maafkan aku diatas kekasaran sikap dan bahasaku. andai pemergianmu ini membawa kebaikan, teruskanlah. sesungguhnya teringin sekali aku menghalangnya. namun, aku hanyalah aku yang seringkali sukar untuk ditafsir, aku yang hanyalah aku yang terlalu banyak berfikir sehingga aku mungkin bertindak membiarkan sahaja semuanya berlalu walau terlalu menginginkannya. 

sekali lagi, sahabat, kehadiranmu amat aku hargai. terima kasih kerana dulu seringkali kau temani diri ini. terima kasih jua kerana sering buatkan aku tersenyum dengan jenakamu. terima kasih. andai ada masa dan jodoh, mungkin kita akan berhubung kembali. itu harapan ku. bakal menjadi kenyataan atau tidak, tiada diriku pasti.terakhir kali, terima kasih sahabat.