mari ambil mudah

Tiada introduction tade kata mula, meh aku nak share apa hati aku kata. 

perbualan antara kita tiadalah mendalam ibarat perigi tapi bagi aku cukup bermakna since aku terCRUSH siked dekat kao, wahai makhluk tuhan yang telah dicipta olehNya. aneh bukan. kehadiranmu bukan suatu yang avant garde dalam hidupku sebelum ini, tapi kini mataku tidak berhenti dari memerhati tingkah dan lakumu ibarat tarikan magnet kuatnya. telah ramai yang aku bertanyakan, dan jawapan hampir sama yang ku dapatkan. KELIRU. ye itu kondisi ku. kao sering bagi aku keliru, dan bukan takat tu, turut jua diriku CELARU. 

yang pasti, kini ilmu yang ku kejar. dan antara kita mungkin belum ada yang bersedia atau mungkin hanya aku sahaja kerana ada kemungkinan kao kini sudah berpunya. bila difikirkan, mampu juga laa aiyak mata keluar tapi baik aku abaikan. sebab seperti yang kao katakan pada aku sendiri pada hari itu, jodoh buatku sudah pasti ada. ye, aku yakin dengan kata kata mu itu. jadi, meh ku pujok hati nan sayu yang turut sedikit merindui dirimu ini. kerana perjalanan untuk kita dan semua masih lagi panjang dan tidak ku nampak tanda noktahnya.